CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, July 20, 2009

Salam Israk Mikraj! :)


Israk mikraj… Kisah perjalanan kekasih Allah yang bermula dari Masjid Al-Haram ke Majid Al-Aqsa, bertemankan Jibril ‘Alaihissalam dengan mengenderai Buraq dan kemudian berangkat meninggalkan bumi untuk menerokai keindahan Sidratul Muntaha… Semuanya berlaku dalam sehari semalam…


Pada peristiwa ini ada ibrah (pengajaran) yang perlu dihayati. Ibrah yang bukan hanya diselongkar pada setiap 27 Rejab dan kemudian dilupakan bila 27 Rejab telah berlalu… Sebaliknya, ibrah ini perlu dilarutkan di dalam jiwa dan sanubari hingga sampai hujung nyawa…


Pada hari bersejarah inilah, Rasulullah telah mengimamkan solat bersama dengan para anbiya di Masjidil Aqsa. Ya, MASJIDIL AQSA, masjid suci yang ke-3 selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, yang kini berada di ambang keruntuhan disebabkan kerakusan Zionis laknatullah dan kerapuhan UMAT ISLAM yang diibaratkan buih-buih di lautan…


Pada hari bersejarah inilah, Rasulullah menerima perintah solat fardhu 5 waktu sehari semalam, yang dijunjung dari tempat yang tinggi lagi mulia untuk disampaikan kepada kita, umat manusia yang berada nun jauh di bumi…


Pada hari bersejarah inilah, baginda diperlihatkan pelbagai jenis hukuman ke atas penjenayah-penjenayah agama Allah. Ada yang memakan daging-daging yang busuk sedangkan di sisinya ada daging-daging yang elok. Ada yang bibirnya seperti unta. Ada yang perutnya terlalu besar sehingga tidak mampu berdiri… Semuanya berlaku disebabkan oleh kesalahan mereka sendiri setelah sampai peringatan kepada mereka. Mereka berzina, memakan riba dan sebagainya. Namun persoalannya sekarang, adakah kita yakin bahawa ‘mereka’ itu bukan ‘kita’???


Tatkala baginda pulang ke Bumi dan menceritakan penjelajahan baginda kepada penduduk Mekah, pelbagai persoalan terbit di minda-minda mereka yang mendengarkannya. “Bagaimana mungkin perjalanan yang sepatutnya memakan masa selama berhari-hari dapat dilakukan dalam cuma sehari semalam sahaja?” “Bagaimana mungkin seorang manusia dapat menembusi angkasa lepas dalam sehari semalam sahaja?” Memang sukar untuk dipercaya namun keimanan jualah yang membenarkannya… Bayangkan, andai kita hidup pada zaman itu, adakah kita termasuk di dalam golongan yang mendustakan seperti orang-orang Quraisy atau golongan yang membenarkan seperti Abu Bakar as-Siddiq. Semuanya bergantung kepada IMAN…


Peristiwa ini membuktikan bahawa hukum islam tidak sepatutnya diterima berdasarkan LOGIK akal semata-mata. Ini kerana akal manusia terlalu TERHAD untuk memikirkan kelogikkan di sebalik hukum-hukum yang telah disyariatkan. Maknanya tidak perlulah kita menunggu kajian saintifik untuk mengungkai hikmah di sebalik kewajipan solat, atau sebab diwajibkan menutup aurat dan sebagainya. Sebaliknya, sebagai hamba Allah yang kerdil lagi hina, kita sepatutnya MENERIMA semua perintah Allah yang maha esa tanpa banyak soal…



Jadilah manusia yang membenarkan dan bukan mendustakan perintahNya!

Tuesday, July 14, 2009

IRK vs Music & Drama...


I love yesterday's titah by His Majesty especially on SPN 21... I tried to get the full version of the titah tapi inda jumpa, so I copied from Borneo Bulletin saja...

"Several months ago, we were busy with SPN21. When I look at it, there is an obvious weakness. I found that Islamic Religious Knowledge (IRK) is not in the compulsory core subjects along with Malay, English, Mathematics and Science.

"It is astonishing to note that IRK sits together along with other subjects including music and drama. It is surprising to see IRK along with music and drama and not with the four compulsory core subjects.

"Why Malay subject is part of the compulsory core? Maybe, it is because it is mentioned in the Constitution as the official language. What is lacking in Islamic religion? It is also in the Constitution," His Majesty asked.

"In my opinion, it is more than just a compulsory core as it is the religion from Allah that is obligatory for all Muslims, which otherwise would become a sin for them," the monarch said.

"If the religious subject is taught along with drama and music, the latter (drama and music) would certainly be popular, highly in demand than the former (religious subject) in the context of mankind's psychology. Is this not a problem?" asked His Majesty.

A very big problem indeed! Spot on!

...*thinking*... kan lahirkan pengganti Michael Jackson ATAU pengganti Sheikh Dr. Fathi Yakan???... *garu kepala*...


Monday, June 8, 2009

Langkah Tercipta

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula
meneruskan langkah perjuangan ini

Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........

Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta


Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu


[UNIC - Langkah Tercipta]

Download this song here :)

Saturday, May 30, 2009

Sehebat Ayyub kah ujian mu?


Pernahkah kita meluangkan sedikit masa untuk merenung sejenak perjalanan yang telah kita lalui hingga ke hari ini?

Pastinya ada suka dukanya, ada tawa tangisnya, ada pasang surutnya, ada atas bawahnya, ada jatuh bangunnya.

Mungkin di satu sudut kehidupan, ada yang pernah berdepan dengan kegagalan setelah usaha paling gigih kita bentangkan. Lalu, kita bertanya "Mengapa ini berlaku?".

Mungkin di sudut yang lain, ada yang pernah ditimpa penyakit yang tidak disangka-sangka. Lantas kita bertanya "Kenapa aku?"

Atau mungkin di sudut yang lain pula, ada yang pernah merasai kehilangan insan yang amat dikasihi dengan sepenuh hati dan kita pun bertanya "Kenapa sekarang?"

Ana sendiri pernah melaluinya. Melalui kegagalan, kesusahan, kesakitan yang menerjah sekali sekala namun dirunguti setiap masa.

Pernah di usia seawal 8 tahun, ana ditahan di hospital 2 kali selama hampir 2 minggu kerana di uji dengan penyakit. Penyakit yang memberi kesan hodoh kepada kulit ana secara berpanjangan. Penyakit yang akhirnya membuatkan ana hilang rasa keyakinan diri. Tapi apa sangatlah yang ana tahu di usia semuda itu. Ana hanya mampu menangis dan terus membandingkan diri dengan rakan sebaya yang lain yang mempunyai kulit halus mulus dan menikmati apa sahaja makanan yang mereka gemari tanpa ada pantang larangnya.

Pernah ana menangis di tengah malam kerana tidak tahan dengan rasa gatal yang menyerang kulit ana sehingga membangunkan abi dan umi dari tidur mereka yang nyenyak.

Pernah ana menangis semasa pulang dari sekolah ketika ingin membuka stokin yang ana pakai kerana ia melekat pada kulit kaki ana yang berair.

Pernah ana menangis kerana tidak sanggup lagi untuk berhadapan dengan sesiapa kerana penyakit ini.

Tatkala sang tabib mengatakan bahawa penyakit yang ana alami ini tidak akan pulih sepenuhnya, dengupan jantung ana seakan-akan terhenti serta-merta. Dunia menjadi lebih gelap dari gelita.

Semuanya telah berlalu...

Pernah ana diuji lagi dengan kegagalan. Harapan setinggi gunung ana pasakkan dan usaha seluas bumi ana bentangkan semata-mata untuk mencapai impian idaman kalbu. Namun gagal... Hilanglah semangat untuk meneruskan perjuangan dalam pelajaran tapi terpaksa diteruskan jua untuk menyenangkan hati umi dan abi... Namun hati sendiri, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Keluhan tidak pernah henti ana luahkan. Umi disalahkan. Takdir dipersoalkan... Segalanya buruk pada pandangan ana...

Astaghfirullah....

Pada ketika itu, terasa berat ujian yang Engkau berikan kepada hambaMu yang lemah ini ya Rabbi... Berat kerana rohaniku belum diisi dengan makanan yang mampu memberi kekuatan kepadaku untuk memikul beban ujian Mu...


Kini, segala keluhan dan rungutan itu ana kesali dan segala ujian itu ana syukuri. Bagaikan insan buta yang baru celik, kini baharulah ana dapat melihat rahmat Allah di sebalik ujian yang Dia hadiahkan. Kerana ujian-ujian itulah, ana menulis. Kerana ujian-ujian inilah, ana berada di jalan ini. Kerana ujian-ujian itulah ana temui cinta abadi. Kerana ujian-ujian inilah, ana menyedari hakikat sebenar kehidupan. Kerana ujian-ujian inilah ana lebih mengenali Dia yang maha pencipta. Segala puji bagi Mu ya Allah...



Sekilas ana terbaca mengenai kembara Ayyub 'Alaihissalam dalam lautan ujian. Hati terasa begitu hiba. Hati terasa amat kagum dengan kekuatan baginda... Walau hanya sekilas, namun impaknya bagaikan simbahan air sejuk yang menyedarkan jiwa yang sedang asyik dibuai dengan keluh kesah...


"Allah melimpahkan kenikmatan yang sangat banyak kepada Nabi Ayyub alaihissalam. Baginda mempunyai 3 orang isteri, 24 orang anak hasil daripada 12 kelahiran, kekayaan yang melimpah ruah dan sebagainya. Baginda hidup di dalam ‘comfort zone’ yang biasanya menyebabkan manusia mabuk dalam kemewahan dunia.


Namun, Nabi Ayyub adalah manusia pilihan al-Khaliq, pastinya segala yang dimilikinya hanyalah diletakkan di pandangan mata, namun Allah jualah yang bertakhta di hatinya.


Buktinya, Allah pernah bertanya kepada sang iblis yang benci melihat ketaatan Nabi Ayyub mengenai bagaimana pandangannya terhadap baginda. Lalu iblis menjawab “Ayyub menyembah Mu dan taat kepada Mu hanya kerana dia telah memperolehi segala kesenangan dan kenikmatan dunia.”


Namun, Allah lebih mengetahui. Allah menafikan dakwaan iblis dengan berfirman “Ayyub akan tetap menyembahKu meskipun tanpa segala kesenangan dan kenikmatan yang Ku berikan kepadanya.”


Ternyata Allah maha benar. Satu persatu nikmat dan kesenangan yang dirasai oleh Nabi Ayyub direnggut kejam oleh iblis laknatullah, semata-mata untuk membuktikan firman Allah adalah salah. Harrta benda baginda dirosakkan, tanaman dan ternakan dihapuskan, bangunan dibakar, anak-anak baginda dibunuh tanpa belas kasihan.


Atas segala kehilangan yang dihadapinya, baginda masih mampu melafazkan kalimah “Alhamdulillah. Dia yang memberi kekayaan kepada ku dan Dia jua yang berhak mengambilnya kembali.” Subhaanallah, betapa cekalnya hati mu wahai Ayyub…


Ujian baginda tidak berhenti setakat itu. Baginda terus diuji dengan sejenis penyakit kulit yang sangat kronik pada seluruh tubuh badan. Bermula dari kepala hinggalah sampai kepada kaki baginda di penuhi dengan nanah dan ulat-ulatan. Tidak mampu rasanya untuk membayangkan betapa peritnya ujian yang baginda hadapi. Disebabkan penyakit inilah, baginda kehilangan isteri-isteri baginda kecuali Siti Rahmah. Bukan itu sahaja. Baginda juga dihalau dan dijauhi oleh orang ramai kerana khuatir jika penyakit baginda akan menjangkiti mereka.


Pepatah melayu, “Sudah jatuh, ditimpa tangga” pun tidak mampu menggambarkan betapa beratnya ujian bertubi-tubi yang dipikul oleh baginda. Namun, ketaatan baginda tidak pernah pudar walaupun hanya sesaat. Melalui ceramah yang pernah ana ikuti baru-baru ini, diriwayatkan bahawa isteri Nabi Ayyub pernah mencadangkan agar baginda memohon pertolongan Allah agar menyembuhkan penyakitnya. Namun baginda menjawab


“Sesungguhnya aku MALU untuk meminta kepada Allah. Kita telah dikurniakan kesenangan dan kenikmatan selama berpuluh-puluh tahun sedangkan Allah mengujiku dengan musibah CUMA tujuh tahun.”


Disebabkan rasa malu baginda itu, baginda pun menunggu sehigga usia musibah yang dihadapinya mencecah usia kenikmatan yang dirasainya sebelum ini. Kemudian barulah baginda berdoa kepada Allah dalam bentuk kiasan “Wahai

tuhan ku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkaulah yang maha penyayang dari semua yang penyayang” (21:83)"



Itulah kisah insan terpilih bernama Ayyub. Kesabarannya terhadap segala ujian yang menimpa mendapat pengiktirafan Allah 'Azza wa Jalla sehingga ternukil di dalam surah Sad ayat 44 "Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayyub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia sangat taat kepada Allah."


Jadi, wahai manusia yang sedang diuji, timbangkanlah bebanan ujian yang engkau pikul, bandingkanlah ia dengan ujian yang ditanggung oleh Nabi Ayyub 'Alaihissalam. Lalu tanyakan pada diri sendiri, adakah ujian mu itu setara dengan apa yang menimpa Ayyub? Ana jamin, jawapannya adalah TIDAK!


Oleh itu, jika terlintas di sanubari untuk menyusun kata-kata berupa keluhan, padamkan ia dengan istighfar. Andai Nabi Ayyub yang diuji dengan teruk masih mampu mengungkapkan kesyukuran, kenapa tidak kita yang cuma diberikan ujian sekecil debu?


"Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun" (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada Allah lah kami kembali.) Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."(2:155-156)


Sedarlah bahawa segala ujian yang diberikan oleh Allah ini tidak lain tujuannya melainkan untuk menjadi alat pengukur skala keimanan manusia kepada sang pencipta yang maha sempurna.


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji. Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta." (29:2-3)


Dan ketahuilah segala apa yang ditakdirkan untuk kita, itulah yang terbaik walaupun ia buruk pada pandangan kita. Kerana akal manusia yang jahil ini tidak mampu mencapai hikmah perancangan Allah yang maha bijaksana. Today's thorn is tomorrow's flower...


"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal itu baik bagi mu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (2:216)


Pasrahlah kepada ketentuanNya. Dekatkan diri kepada Nya untuk memperkukuhkan benteng keimanan. Kajilah al-Quran untuk memahami hikmah ujian dari Nya.


Ingatlah Allah tidak pernah gagal untuk menunaikan permintaan hamba-hambaNya cuma Dia lebih mengetahui bahawa apa yang kita inginkan tidak semestinya apa yang kita perlukan. Jadi teruslah memohon kepadaNya kerana Dia maha pemberi.


Allah gives the very best to those who leave the choices up to Him... :)


Allahua'lam...


SEGALANYA MILIK MU - MESTICA


Kau yang menciptakan cinta

Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya daka panMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan




Thursday, May 21, 2009

TP ended :(


Teaching Practice has ended. No more lesson plans to be submitted on Mondays, no more teaching aids to be created, no more activities to be planned, no more pupils' works to be marked, no more worksheets to be photocopied, no more ASEAN corner project to be done, no more intervention program to be conducted every wednesday, no more staying back for SDP every Tuesday and Wednesday, no more scolding the 'naughty' pupils, no more screaming to quiet the pupils, no more tiny hands to salaam with, no more crying pupils to be consoled, no more lunch-ing on the 'lunch table', no more buying food from the canteen, no more gossips to hear etc......

And now... I am missing ALL of the above except the last one, of course. I am missing my pupils the most! I love them so much although at times they drove me mad.


On the last day of TP:

-Received farewell gifts and letters from the pupils ;( (couldn't hold back my tears while reading the letters)

- Had a farewell gathering with the teachers and I was asked to deliver a speech and I did it terribly.

- Had lunch with Azan, not on the 'lunch table' though...


Throughout the 3+ months of TP, I have gone through a lot of ups and downs. There are times I felt soooo down and there are times I felt okay. Had quite a hard time mixing with the teachers initially, but Alhamdulillah it got better gradually. The bottom line is I am grateful to Allah that I survived. And yes, Alhamdulillahhi kathira Allah has given us a very understanding, approachable, concern, fatherly supervisor. Alhamdulillah....

Okay. I am running out of ideas now so I think I should end this post now. But before that, to AZAN, syukran jazilan for being my lunch partner, for the lunch table and for ALL the countless aids that you have generously given to me. May Allah bless you sis!